“Safety ke laut…” Hasrat orang ramai berseronok di fun fair Raub bertukar tragedi

Hasrat orang ramai untuk berseronok di tapak permainan fun fair bertukar tragedi apabila salah satu permainan mengalami kerosakan sehingga menyebabkan beberapa orang mangsa terjatuh termasuk seorang kanak-kanak

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Raub, Pahang, apabila salah satu gerabak roller coaster di fun fair berkenaan tersasar dan jatuh daripada trek.

Rakaman video kejadian tersebut mula tersebar baru-baru ini, setelah ia dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dalam sebuah group Penduduk Raub Pahang.

Menerusi video itu, beberapa pengunjung termasuk seorang kanak-kanak dilihat sedang berada dalam keadaan tertekan dan kesakitan akibat daripada insiden itu. Pada masa sama, kedengaran seorang wanita yang turut menjerit menahan kesakitan.

Kejadian itu mencetuskan kebimbangan orang ramai tentang tahap keselamatan dan mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa boleh memberi permit kelulusan untuk beroperasi.

Turut baca :

Menurut seorang pengguna di TikTok, walaupun harga tiket untuk permainan tersebut agak tinggi, ia tidak memberikan apa-apa jaminan keselamatan kepada para pengunjung.

Difahamkan bahawa setiap permainan roller coaster tersebut berharga RM10 untuk dua putaran, dengan masa yang singkat kurang dari dua minit.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat seorang individu yang berkata dirinya merupakan salah seorang mangsa kejadian tersebut dan menjelaskan pihak fun fair telah mengambil tanggungjawab serta memohon maaf atas kejadian itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*