Raba punggung wanita, polis tahan warga asing

Raba punggung wanita, polis tahan warga asing.  Polis menahan seorang lelaki warga asing di hadapan sebuah kondominium di Kota Damansara selepas disyaki mencabul seorang wanita, hari ini.

Suspek berusia 30-an itu ditahan selepas wanita terbabit membuat laporan polis pada jam 1 pagi berhubung kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata wanita berusia 30-an itu memaklumkan dicabul ketika dia berjalan kaki menuju ke kenderaan rakannya yang sedang menunggunya di tepi jalan.

“Mangsa mendakwa bahagian punggungnya dipegang dan diramas lelaki warga asing berkenaan.

“Mangsa menoleh sebelum melihat suspek berada di sebelahnya. Wanita itu terus menjerit dan menyebabkan suspek melarikan diri dari ada tempat kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menjalankan siasatan sebelum menahan suspek berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

“Suspek akan dibawa ke majistret untuk permohonan reman bagi siasatan lanjut.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*