Terbabas cuba larikan diri, ‘Superman’ jadian ditahan polis

Terbabas cuba larikan diri, ‘Superman’ jadian ditahan polis.  Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun berjaya ditahan di Plaza Tol, Jabar, Lebuhaya Pantai Timur (LPT) 1 selepas aksinya menunggang motosikal secara berbahaya dirakam oleh anggota polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki tersebut juga melakukan aksi zig zag dari lorong kanan jalan dan lorong kiri jalan secara berulang kali sejauh dua kilometer dari kilometer 248 hingga kilometer 250 di lebuhraya berkenaan.

“Anggota polis mengarahkan suspek supaya berhenti, namun lelaki itu terus memecut laju menghala ke Plaza Tol Jabar.” – Hanyan Ramlan.

Dalam pada itu, suspek dikatakan cuba melarikan diri apabila dia bertindak membuat pusingan U dengan melawan arus ke Kuantan, Pahang sebelum sekali lagi membuat pusingan U menghala ke Plaza Tol Jabar.

“Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila suspek telah terbabas sendiri kira-kira 50 meter dari plaza tol tersebut menyebabkan dia luka didagu,”

Sementara itu, hasil ujian air kencing ke atas suspek mendapati di negatif dadah.

Terbabas cuba larikan diri, 'Superman' jadian ditahan polis

Terbabas cuba larikan diri, 'Superman' jadian ditahan polis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*