“Tak serik…” Penganggur ditahan terlibat pecah rumah selepas keluar penjara

Gambar sekadar hiasan

“Tak serik…” Penganggur ditahan terlibat pecah rumah selepas keluar penjara.  Meskipun baru sahaja dibebaskan daripada penjara, seorang penganggur ditahan sekali lagi kerana menjalankan aktiviti pecah rumah mewah berkumpulan di sekitar Lembah Klang.

Penahanan lelaki tempatan berusia 36 tahun itu dilakukan bersama tiga lelaki dan seorang wanita dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar Serdang, Kajang dan Sentul bermula pada 25 Ogos sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, suspek yang juga ketua Geng Ah Hau baru sahaja dibebaskan dari tahanan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) selama dua tahun di Baling, Kedah.

Kata beliau, pada mulanya, satu laporan telah dibuat pada 22 Ogos lalu mengenai satu kejadian pecah rumah di Jalan Pipit 3, Bandar Puchong Jaya.

“Mangsa dilaporkan mengalami kerugian barang berharga dianggarkan bernilai RM100,000,” katanya dalam sidang akbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, hasil maklumat dan risikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berjaya menangkap lima individu yang disyaki melakukan kegiatan ini.

Anbalagan berkata, sindiket terbabit menyasarkan kediaman mewah yang tidak mempunyai sistem keselamatan seperti penggera, kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada pengawal keselamatan.

“Suspek akan pecah masuk rumah yang didasarkan pada siang hari semasa penghuni tiada di rumah.

“Suspek menggunakan kereta yang disewa dengan memalsukan nombor pendaftaran kereta untuk melakukan aktiviti itu dengan cara mengumpil pintu,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai barang berharga seperti jam tangan, komputer riba dan barang kemas disyaki hasil kegiatan pecah rumah dianggarkan bernilai RM300,000 serta peralatan untuk memecah rumah berjaya ditemukan.

“Dengan tangkapan ini polis berjaya menyelesaikan tujuh kes kejadian pecah rumah di kawasan lembah Klang,” ujarnya.

Sementara itu, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai antara satu hingga 46 rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan narkotik serta dua dari mereka mempunyai rekod dikehendaki.

“Kes disiasat mengikut 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah,” katanya.

"Tak serik..." Penganggur ditahan terlibat pecah rumah selepas keluar penjara
Gambar sekadar hiasan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*