Petir sambar menyambar di Mekah, ini yang sempat dikongsi jurugambar

Petir sambar menyambar di Mekah, ini yang sempat dikongsi jurugambar .

Beberapa foto dan video tular di media sosial menunjukkan saat Menara Jam terkenal Arab Saudi, Abraj Al-Bait yang menghadap Kaabah di Mekah dipanah petir.

Jurugambar, Youssef Bajjash antara salah seorang yang sempat merakamkan detik panahan petir itu menyambar menara jam terbesar di dunia itu lalu menerangi seluruh bandar.

“Sebaik sahaja awan mula terbentuk di Mekah, saya bergegas mencari sudut untuk merakam detik kilat menyambar.

 

“Saya dapat merakamkan saat kilat menyambar Menara Jam Mekah yang menghasilkan pemandangan yang indah ini,” kata Youssef Bajjash memetik laporan media Al Arabiya.

Suasana di Masjidil Haram bertukar panik seketika apabila ribut petir dan hujan lebat melanda kotanya dan beberapa kawasan sekitar secara tiba-tiba dalam waktu Maghrib, pada Rabu.

Berdasarkan video tular yang dikongsi di media sosial, jemaah yang sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib dilihat cemas akibat ditiup angin kencang.

Pada masa sama, penghadang di pekarangan Masjidil Haram dan beberapa jemaah kelihatan turut diterbangkan oleh angin kuat.

Insiden itu memaksa Pusat Meteorologi Kebangsaan membunyikan paras amaran kepada merah iaitu tertinggi.

Media Al Arabiya turut berkongsi video dirakamkan oleh pekerja pembersihan di halaman Kaabah yang bergelut untuk berdiri teguh ketika angin kencang membadai mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*