“Lagak ngeri…” Pengantin ‘nekad’ bakar diri sendiri dalam majlis perkahwinan

“Lagak ngeri…” Pengantin ‘nekad’ bakar diri sendiri dalam majlis perkahwinan.

Sebuah video tular di media sosial memaparkan sepasang pengantin yang nekad membakar diri sendiri, lapor majalah berita India Today kelmarin.

Mereka bertindak sedemikian setelah membuat keputusan untuk mengadakan konsep majlis perkahwinan yang unik.

"Lagak ngeri..." Pengantin 'nekad' bakar diri sendiri dalam majlis perkahwinan
PASANGAN itu berjalan ketika diperhatikan tetamu majlis yang hadir.

Detik itu dirakam oleh jurugambar majlis perkahwinan tersebut dan dimuat naik pada akaun Instargram @djrusspowell.

Ahli lagak ngeri, Gabe Jessop dan Isterinya, Ambyr Bambyr Mishelle telah melangsungkan perkahwinan baru-baru ini dan mereka menolak konsep perkahwinan konvensional.

Menerusi video berkenaan, selepas selesai bertukar akad perkahwinan, pasangan itu berjalan berpegangan tangan dengan pakaian mereka dalam keadaan terbakar sementara tetamu majlis memerhati dan bersorak.

Bahagian belakang pakaian mereka yang terbakar kemudiannya dipadamkan oleh seorang pembantu.

Video tersebut mendapat tumpuan netizen di ruangan komen.

“Ini sangat menakjubkan, saya terpukau. Saya sangat tidak sabar untuk melihat foto-foto itu,’’ tulis seorang netizen.

Bagaimanapun, aksi ini tidak dicadangkan kepada semua orang menadangkan Jessop dan Mishelle adalah aktor lagak ngeri profesional.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*