{VIDEO} Tragedi depan mata, lelaki campak budak 5 tahun ke tanah berkali-kali diserang penduduk

Tragedi depan mata, lelaki campak budak 5 tahun ke tanah berkali-kali diserang penduduk.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilaporkan maut akibat dipukul dan dicampak ke tanah oleh seorang lelaki di Mathura Uttar Pradesh, India baru-baru ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku di depan rumahnya yang terletak berdekatan Radhakund Community Centre.

Menerusi rakaman kejadian yang tular di media sosial, dalam situasi yang agak kecoh itu, jelas kelihatan lelaki berkenaan berulang kali mengangkat kanak-kanak tersebut lalu mencampaknya ke atas tanah.

Menurut Superintendan Polis (Luar Bandar) Trigun Bisen, pihaknya telah mengenal pasti suspek yang dikenali sebagai Omprakash, 52 tahun.

Bagaimanapun, motif di sebalik serangan itu masih belum diketahui lagi.

Ujarnya, Omprakash mengangkat kanak-kanak itu dan mencampaknya ke tanah beberapa kali atas sebab yang tidak diketahui.

Berang dengan kejadian itu, penduduk tempatan menangkap dan membelasah lelaki berkenaan sebelum menyerahkannya kepada polis.

“Motif di sebalik kejadian itu akan dimaklumkan selepas polis menyoal siasat mangsa sebaik sahaja dia berada dalam keadaan stabil,” katanya lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*