Padah maki dan halang tugas polis, 5 sekeluarga didenda RM12,500

Padah maki dan halang tugas polis, 5 sekeluarga didenda RM12,500.

Gara-gara memaki dan mengganggu kerja polis, 5 sekeluarga didenda RM12,500 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Padah maki dan halang tugas polis, 5 sekeluarga didenda RM12,500
Padah maki dan halang tugas polis, 5 sekeluarga didenda RM12,500

Tertuduh, Zakaria Kadir K.V Raja, 60, dan tiga anaknya, Nor Ain, 36, Ahmad Hafizi, 25, dan Ahmad Hafizan, 19, serta menantu Putrawirawan Irwan, 40 telah dijatuhkan hukuman oleh Majistret Nabihah Mohd. Noor.

 

Tidak terkecuali, cucu berusia 15 tahun turut membuat pengakuan namun ditangguhkan hukuman dan menetapkan tarikh 4 Julai bagi serahan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Turut baca

Menurut Kosmo, pengadu yang juga anggota polis cuba meleraikan kekecohan yang dicetuskan sekumpulan individu yang berada di dalam kompaun Balai Polis Batu Berendam.

Walaubagaimanapun, salah seorang daripada kumpulan berkenaan telah mengeluarkan kata-kata kesat dan ugutan menyebabkan polis terpaksa manahan kesemua tertuduh.

Difahamkan, kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam membuat rayuan secara berasingan dengan memberikan pelbagai alasan termasuk tidak bekerja, menghidap penyakit kronik dan perlu menyara empat anak yang masih bersekolah, bagi mendapatkan hukuman ringan.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh secara bersama-sama didapati dengan sengaja menghalang tugas empat anggota polis di kawasan kompaun Balai Polis Batu Berendam kira-kira pukul 1 pagi, 26 Mac lalu.

Bagi tindakan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin kemudian memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran dengan mengambil kira kesalahan dilakukan terhadap penjawat awam adalah serius.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,500 terhadap setiap tertuduh atau penjara empat bulan jika gagal bayar.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*