Langgar terus lari punca netizen kecam sikap penunggang motosikal

Langgar terus lari punca netizen kecam sikap penunggang motosikal.

Sudahlah salah, lari pula! Itulah kelakuan seorang penunggang motosikal yang selamba memecut motosikalnya selepas melanggar sebuah kereta hingga bumper bahagian kereta tersebut tertanggal!

Perkongsian @utusantvofficial di Tiktok menunjukkan motosikal berkenaan selamba memecut terus walaupun mangsa yang dilanggar telah keluar dari kereta!

Apa yang membuatkan ramai lebih geram adalah penunggang motosikal tersebut ternyata tidak mempunyai cermin sisi, yang membuatkan dia akhirnya melanggar kereta di depan gara-gara sibuk terpandang-pandang sebelum mengambil laluan sebelah kiri.

 

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*