Seorang wanita tular di Facebook selepas dia mendakwa anak perempuannya menjadi mangsa dera oleh guru di sebuah taska.
Dakwa wanita itu, dia diminta mengeluarkan anak istimewanya dari taska itu demi menutup cerita tentang kes dera yang berlaku.
“Rabu minggu lalu, saya dapat panggilan daripada tadika, cawangan Semenyih untuk anak istimewa saya Noura. Ringkasnya dari panggilan tersebut anak kami dah tak mampu dijaga lagi. Katanya cranky dan ada rosakkan dinding.
“Jadi setelah setahun sebulan di situ, anak kami tak dapat lagi dijaga. Bukan sebulan dua ya. masa tu pasrah dan berterima kasih je atas jagaan selama ni. Rupanya Noura jelas dikeluarkan sebab dia salah seorang mangsa dera.
“Cepat-cepat nak tutup cerita nampaknya. Mesti tak sangka mak Noura boleh tahu juga akhirnya. Ku sangka sebab cikgu favourite dah kena tukar jadi punca Noura cranky, rupanya cikgu yang disangka favourite tu ‘saka’ ya,” dakwanya di Facebook.
Menurut pengadu, dia tidak bercakap kosong, sebaliknya mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang didakwa memaparkan kekejaman dilakukan terhadap anaknya oleh guru terbabit.
“Mentang-mentang anak kita ni tak boleh bercakap, dibantainya sesuka hati. Sejak bila pun tak tahu. Pihak taska nampaknya jadikan CCTV sebagai marketing value je nak tarik parents. Tak pernah dipantau agaknya sehingga boleh ada cikgu gila dalam taska selama berbulan-bulan.
“Noura hanya salah sorang mangsa. Yang kecil-kecil pun ada ya Allah tergamaknya. Dicepuk-cepuknya kepala anak kita. Dibiar dalam bilik air menangis. Dikurung tak bagi keluar. Tak sanggup ibu abi nak minta tengok CCTV.
“Yang tertangkap ni pun meruntun hati. Bayangkanlah kalau hari-hari dicepuk kepala dan badannya. Pandai, pukul macam tu memanglah takkan tinggalkan tanda. Sedih tengok anak seaktif Noura ketakutan dengan ‘teacher gila’ tu,” dakwanya lagi.
Selain didera secara fizikal, wanita itu turut meluahkan rasa risau sekiranya anaknya dibiarkan kelaparan ketika berada dalam penjagaan taska berkenaan.
“Bab makan entah macam mana? Patutlah tiap kali balik macam kebulur anak kita tu. Bodohnya bersangka baik. Ralat betul. Noura seems okay je pergi dan balik taska. Tak mengamuk. Rupanya itu petanda dia takut.
“Kesiannya anak ibu abi. Maafkan ibu abi. You all memang tak layak jaga budak. Apatah lagi anak seistimewa Noura. Overclaim. Semoga kita tak ditemukan dengan manusia bertopeng syaitan ni ya,” tulisnya lagi.
Menerusi pendedahan di Facebook, wanita itu turut menyertakan beberapa video yang memaparkan kelakuan kejam seorang wanita dipercayai guru atau penjaga anaknya.
Menjawab soalan netizen di ruangan komen, wanita itu berkata dia dan suaminya telah membuat laporan polis dan berharap agar pelaku segera ditangkap.
Turut baca :
Leave a Reply