‘JDT’ bukan lagi sekadar nama kelab bola sepak tempatan

Ketika nama “Johor Darul Ta’zim” (JDT) disebut, ia bukan lagi sekadar nama kelab bola sepak tempatan.

Prestasi gemilang yang telah dicapai oleh pasukan ini di peringkat tempatan dan antarabangsa telah membawa jenama JDT ke aras yang tinggi dalam dunia bola sepak global.

Salah satu watak penting yang memainkan peranan utama dalam membentuk imej dan kejayaan jenama JDT tidak lain tidak bukan ialah DYAM Tunku Mahkota Ismail (TMJ).

Sejak penubuhan JDT pada tahun 2013, kelab ini telah memenangi pelbagai kejohanan serta mengukir sejarah dalam dunia bola sepak Malaysia.

Prestasi mereka tidak hanya terhad kepada Liga Super Malaysia, tetapi juga kejayaan menonjol dalam saingan di pentas Asia seperti Liga Juara-Juara AFC.

Peranan TMJ bukan sahaja tertumpu di atas padang semata-mata. TMJ juga terlibat secara aktif dalam membangunkan infrastruktur kelab dan menyokong pembangunan bakat tempatan.

Kepemimpinan Tunku yang berwibawa dan komited terhadap pembangunan bola sepak tempatan telah membuahkan hasil dalam pembentukan JDT sebagai jenama yang dikenali di seluruh dunia.

Langkah-langkah strategik yang diambil oleh TMJ dalam menguruskan kelab juga telah membantu meningkatkan imej dan daya tarikan JDT di peringkat global.

Dari segi pelaburan dalam kemudahan latihan bertaraf dunia sehinggalah kepada pengambilan pemain berbakat dari pelbagai negara.

Segala usaha ini telah membawa JDT ke tahap yang lebih tinggi dalam pentas bola sepak antarabangsa.

Selain itu, kerjasama strategik dengan jenama-jenama terkenal dan penglibatan dalam acara-acara bola sepak antarabangsa telah membantu memperkukuhkan kedudukan JDT di arena global.

Dengan terus memperluaskan pengaruh mereka di peringkat antarabangsa, JDT dijangka terus menjadi salah satu jenama bola sepak yang akan mendapat perhatian dari seluruh pelusuk dunia.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*