Tragedi kepala air : Sayu! Suami pengsan beberapa kali, isteri, 3 anak hilang sekelip mata

MAYAT dua lagi mangsa tragedi kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh di Bidor ditemukan, pada pagi Khamis.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi.

Beliau berkata, dua mangsa itu dikenal pasti sebagai Hanna Mikayla Azam dan Hanum Marissa Azam masing-masing berusia tujuh dan dua tahun.

Tragedi kepala air : Sayu! Suami pengsan beberapa kali, isteri, 3 anak hilang sekelip mata

Bapa mangsa, Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, dilaporkan pengsan beberapa kali sebaik jenazah dua anak perempuannya tiba di unit forensik Hospital Tapah, pada pagi Khamis.

Terdahulu, mayat isteri Azam Radin iaitu Aszura Bani, 37, ditemukan lemas pada pukul 4.30 petang Rabu, manakala mayat seorang lagi anaknya Hafif Muhayat Azam, 4, ditemukan pukul 9.50 malam.

Pada Rabu, aktiviti sekeluarga untuk berkelah bertukar tragedi apabila empat daripada tujuh mangsa iaitu seorang wanita bersama tiga anaknya hilang dihanyutkan arus deras kepala air.

Selain mereka, tiga lagi individu yang turut terbabit terperangkap akibat kejadian sama iaitu kakak kepada Aszura, Aslinda Bani, 38, anak saudara, 11, dan pembantu rumah warga Indonesia berusia lingkungan 30-an ditemukan selamat.

Difahamkan, selepas urusan mandi dan mengkafankan di hospital berkenaan selesai, jenazah empat beranak itu akan dibawa ke Masjid Al-Muhtadin untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*