{VIDEO} “Mapuh laa hari-hari gini…” Peniaga berang aunty selamba ambil makanan tak bayar

Zaman sekarang, ramai orang yang mula berniaga demi menampung hidup mereka

Tidak kisahlah baru bermula ataupun sudah lama. Kerja sebagai peniaga ini bukan mudah kerana perlu berdepan dengan ramai orang.

Belum lagi terjumpa pelanggan yang cerewet betul tak? Memang pening kepala dibuatnya.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang aunty selamba mengambil makanan dari gerai telah mencetuskan marah.

Semalam dah datang ambil, hari ini datang lagi

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang aunty berbangsa Cina telah datang ke sebuah gerai menjual kuih-muih di tepi jalan.

Namun, apa yang mengejutkan adalah dia dengan selamba datang ke kedai itu dan mengambil beberapa makanan. Aunty itu juga dilihat seperti ‘tidak sihat’.

Difahamkan, sebelum ini peniaga berkenaan sudah memberikannya makanan, tetapi dia datang pada esok harinya dengan perangai yang sama terus mengambil makanan di atas meja.

Situasi itu membuatkan peniaga tersebut sedikit berang dan memberitahunya untuk tidak mengambil. Namun, aunty itu dilihat tetap mengambilnya dan terus beredar.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 890K views, 1.4K repost dan 2.5K likes di laman X.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*