Lelaki disyaki terlibat sindiket jual beli minyak sawit keladak dicekup

Lelaki disyaki terlibat sindiket jual beli minyak sawit keladak dicekup.

Polis menahan seorang lelaki warga tempatan disyaki terlibat dengan sindiket menjual dan membeli minyak sawit keladak (minyak masak terpakai), yang melanggar syarat permit yang ditetapkan dalam serbuan di Sungai Buloh, kelmarin.

Lelaki disyaki terlibat sindiket jual beli minyak sawit keladak dicekup

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Hazani Ghazali berkata lelaki berusia 34 tahun itu, ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh dan disiasat di bawah Peraturan 5 (1) Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 1998.

“Dalam serbuan itu, sebanyak 300 tan minyak masak terpakai yang dibeli daripada pengusaha restoran dan kedai makan sekitar Lembah Klang, dianggarkan bernilai RM1.5 juta turut dirampas,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Hazani berkata dengan kejayaan operasi itu, JKDNKA bersama MPOB telah mengenal pasti modus operandi serta implikasi terhadap industri minyak sawit negara, di mana kawalan dan pemantauan secara berterusan akan dilaksanakan melalui operasi bersama.

Turut baca

1 Trackback / Pingback

  1. {VIDEO} "Nyawa simpan dalam botol agaknya..." Kereta selamba cilok depan lori undang bahaya - Sengat Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*