{VIDEO} “Nyawa simpan dalam botol agaknya…” Kereta selamba cilok depan lori undang bahaya

“Nyawa simpan dalam botol agaknya…” Kereta selamba cilok depan lori undang bahaya.

Sejak dua tiga hari ini, pelbagai berita menyayat hati yang melibatkan kemalangan antara lori dan juga kenderaan ringan.

Bukan sekadar kemalangan biasa, namun juga yang meragut nyawa seperti kejadian yang berlaku baru-baru.

Sering menjadi mangsa dipersalahkan orang ramai, seorang pemandu lor dikenali sebagai Along Roro Tipper ini berkongsi sedikit gelagat pemandu kereta di atas jalan raya.

Dalam video dimuat naik di TikTok itu, dapat dilihat sebuah kereta Proton Saga sedang memotong di dari arah kiri lorinya.

Malah, kereta tersebut dengan segera masuk di hadapan sebuah lori simen dan menekan ‘break’ disebabkan lampu isyarat merah telah bertukar merah.

Perkara itu membuatkan lori simen berkenaan menekan ‘break’ kecemasan sehingga terpaksa masuk ke laluan lain.

Melihat rakaman video tersebut, rata-rata warganet berharap agar orang ramai sedar akan brake lori tidak sama seperti kenderaan lain.

Malah, mereka juga menyelar tindakan pemandu kereta berkenaan yang tidak sayang akan nyawanya.

Turut baca

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Benda boleh bincang kenapa nak maki..." Security' mengamuk tengking media di UTC - Sengat Daily
  2. "Berat lagi bahu memikul..." Suami mati tergantung, isteri cedera akibat bebanan hutang - Sengat Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*