Warga emas mengaku tergesa-gesa hantar pelajar, punca pandu van sekolah lawan arus

Warga emas mengaku tergesa-gesa hantar pelajar, punca pandu van sekolah lawan arus.

Seorang lelaki warga emas yang memandu van sekolah secara berbahaya dan melawan arus di Jalan Lumut-Sitiawan, Perak, ditahan polis.

Ini susulan video tular berdurasi 19 saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun TikTok pada 6 petang semalam memaparkan tindakan pemandu itu.

Warga emas mengaku tergesa-gesa hantar pelajar, punca pandu van sekolah lawan arus

Ketua Polis Manjung, Nor Omar Sappi berkata, lelaki berusia 74 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada 8.20 malam, hari sama.

“Pemandu dan van sekolah berkenaan dibawa ke IPD Manjung untuk siasatan lanjut dan mendapati kejadian berlaku kira-kira 7.15 malam kelmarin. Ketika itu pemandu berkenaan membawa lapan pelajar sekolah berusia 13 dan 14 tahun.

Turut baca

“Lelaki itu mengaku van dipandunya dalam keadaan tergesa-gesa kerana mahu menghantar pelajar berkenaan pulang ke rumah masing-masing dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Perdana, Sitiawan,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu beliau berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.

“IPD Manjung menyeru kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05 6886222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Lelaki disyaki terlibat sindiket jual beli minyak sawit keladak dicekup - Sengat Daily
  2. Selepas cerai isteri, bapa jalin hubungan dengan anak sendiri hingga lahir dua anak - Sengat Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*