“Padah tunjuk samseng…” Pemandu Myvi pandu bahaya, ugut hayun kayu ditahan

“Padah tunjuk samseng…” Pemandu Myvi pandu bahaya, ugut hayun kayu ditahan.

Polis menahan pemandu Myvi putih yang memandu secara berbahaya dan bertindak menghayun sebatang kayu kepada pemandu lain, di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) 7 Mei lalu.

Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai berkata, lelaki rakyat tempatan berusia 31 tahun itu itu ditahan semalam.

“Suspek telah ditahan reman selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Mei untuk siasatan lanjut.

“Semakan rekod mendapati suspek juga mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan penahahan itu, beliau berkata pihaknya turut merampas kunci kereta, alat kawalan jauh, rotan berukuran lebih kurang 90cm, dua rangkai kunci basikal dan tiga buah motosikal dengan nombor pendaftaran palsu.

Kayu bersama beberapa kunci dan alat kawalan jauh yang turut dirampas daripada suspek lelaki tempatan berusia 31 tahun semalam. (Gambar PDRM)

Terdahulu, polis menerima laporan daripada seorang lelaki pada 8 Mei lalu susulan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Perodua Myvi itu.

Difahamkan, ketika kejadian berlaku mangsa sedang memandu, di Jalan MRR2, berhampiran Taman Layang-Layang, namun secara tiba-tiba sebuah Perodua Myvi berwarna putih yang berada di hadapan, bertindak membrek sedikit demi sedikit.

Turut baca

1 Trackback / Pingback

  1. "Bila satu building terbakar, salahkan student..." Dah 2 kali komplen tapi tak jalan - Sengat Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*