{VIDEO} Remaja ‘lunyai’ dibelasah 10 lelaki kerana wanita asing

Remaja ‘lunyai’ dibelasah 10 lelaki kerana wanita asing. Seorang remaja cedera diserang sekumpulan lelaki berhampiran sebuah restoran di pusat bandar raya ini, awal pagi semalam dipercayai berpunca daripada seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada pukul 5.15 pagi.

“Mangsa yang berusia 19 tahun memberitahu, dia berkenalan dengan seorang wanita warga asing melalui laman sosial, sebelum mereka berjanji untuk bertemu di sebuah restoran di kawasan berkenaan.

“Ketika sedang minum, mangsa didatangi empat lelaki yang bertanyakan bagaimana dia berkenalan dengan wanita tersebut. Tidak lama kemudiannya mangsa dipukul oleh mereka.

Turut baca :

“Mangsa bertindak melarikan diri di kawasan berhampiran sebelum dikejar oleh enam lagi lelaki, sehingga akhirnya dia dibelasah sekumpulan 10 lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Tambah beliau, mangsa kemudiannya diberikan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

“Polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” jelasnya.

Sementara itu, beberapa rakaman video tular memaparkan seorang lelaki dipukul sekumpulan individu berhampiran sebuah restoran di pusat bandar raya Johor Bahru.

Rakaman video turut menunjukkan lelaki berkenaan mengalami kecederaan dibahagian muka, kepala dan badannya. Mangsa turut dipukul menggunakan kon.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*