‘Langkah Tapah’ punca ketua Ikatan Demokratik Malaysia Perak dipecat

Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) memecat salah pengasasnya Mutalib Uthman sebagai pengerusi negeri Perak.

Penggiat buku Indie sebelum terjun ke bidang politik itu juga digantung keanggotaan parti selama tiga tahun, bermula semalam.

Semua ini gara-gara tindakannya mengumumkan bertanding di Tapah dalam pilihan raya umum lalu, ketika parti itu masih berunding kerusi pilihan raya dengan Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung Amir Abd Hadi berkata tindakan Mutalib itu melanggar perlembagaan parti yang menetapkan supaya anggotanya menghormati keputusan dan memelihara nama baik serta maruah parti.

Mutalib pada 20 Oktober lalu dalam Facebook mengumumkan akan bertanding di Tapah, kubu kuat BN yang disandang oleh Timbalan Presiden MIC M Saravanan selama tiga penggal.

Sebelum itu Naib Presiden PKR K Saraswathy dijangka bertanding di kerusi itu.

“Keputusan ini dibuat susulan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi mengenai status kerusi Tapah dan Sg Siput (Perak) serta Sembrong (Johor) adalah untuk kerjasama politik dengan Muda dan PSM,” katanya.

Muda bagaimanapun menafikan akan meletakkan calon di situ kerana ia kerusi PH.

‘Langkah Tapah’ punca ketua Ikatan Demokratik Malaysia Perak dipecat

Mutalib bagaimanapun kemudian mendapat kerusi parlimen Masjid Tanah, Melaka tetapi akhirnya kecundang di tangan tokoh Perikatan Nasional (PN) Mas Ermieyati Samsuddin yang telah berkhidmat dua penggal di situ.

‘Ada niat mahu sabotaj’

Sementara itu, Amir juga menuduh Mutalib “menunjukkan niat untuk melakukan sabotaj kepada parti” dengan menukar kata laluan akaun rasmi Muda Perak.

“Beliau juga, selepas dihubungi, menolak untuk menurunkan poster yang telah dinaikkan, dan hanya akan menurunkan sekiranya dijanjikan kerusi dalam pilihan raya,” dakwanya.

Amir bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Mutalib yang telah bersama parti itu sejak hari pertama.

“Untuk itu, Muda mengucapkan ribuan terima kasih. Sebarang keputusan rayuan kepada

keputusan JKEP (Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) ini, akan diputuskan usai rayuan diterima,” katanya.

Sementara itu, Mutalib dalam reaksi segeranya kepada Malaysiakini menyifatkan keputusan itu sebagai “keras”.

Bagaimanapun, katanya ringkas, “parti sudah pun bersuara”.

Dia tidak akan merayu terhadap keputusan itu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*