Kes tembak di KLIA : Ini 3 fakta penting yang anda kena tahu

Selepas melarikan lebih daripada 36 jam, akhirnya suspek lelaki, Hafizul Harawi, 38, yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang ditahan polis, hari ini

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan suspek ditahan sekitar 2.30 petang di Kelantan.

“Suspek baru ditangkap di Kota Bharu, Kelantan pada sebelum 3 petang semalam.

“Saya belum ada maklumat lengkap tetapi suspek ditahan di sebuah rumah sewa di Kelantan,” katanya ketika dihubungi.

Jelas beliau lagi, satu sidang media akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat.

Kes tembak di KLIA : Ini 3 fakta penting yang anda kena tahu
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (kanan) menunjukkan gambar suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di KLIA Terminal 1.

Berikut adalah tiga fakta yang anda patut tahu tentang kes tembak ini:

1. Insiden itu berpunca daripada pertikaian domestik, bukan ancaman keganasan

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, punca kejadian itu adalah isu peribadi antara pasangan suami isteri itu dan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang aktiviti keganasan.

Beliau memberi jaminan kepada orang ramai bahawa keadaan di KLIA 1 adalah terkawal.

“Siasatan mendapati suspek berniat menembak isterinya yang sedang menunggu ketibaan rombongan umrah,” kata Bernama memetik Hussein semalam.

Pasangan itu juga memiliki agensi pelancongan bersama.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat sebagai cubaan membunuh mengikut seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api.

2. Suspek mempunyai sejarah dan rekod jenayah lampau

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Hafizul mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk menyamar sebagai penjawat awam.

Isteri suspek, Farah, telah membuat beberapa laporan polis terhadapnya pada 2016 dan terkini pada Disember 2023.

Tambah Shuhaily, Farah kemudian memutuskan untuk mengupah pengawal peribadi untuk melindunginya daripada suaminya.

Pasangan yang berpisah itu sedang dalam prosiding penceraian.

3. Suspek menggunakan pistol 9mm separa automatik dalam serangan itu

Dipercayai pistol yang digunakan oleh suspek diperoleh dari negara jiran.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, suspek memiliki senjata itu secara tidak sah dan dipercayai memperolehnya dari negara jiran.

Beliau berkata katrij yang ditemui dari tempat kejadian ditentukan daripada senjata api berkaliber .380.

Selepas melepaskan tembakan, suspek dilihat meletakkan semula pistolnya ke dalam begnya dan melarikan diri.

Langkah keselamatan dan kawalan di KLIA Terminal 1 akan dikaji semula

“Bukit Aman memandang serius kejadian ini kerana ia berlaku di pintu masuk negara […] justeru, langkah keselamatan sedia ada akan dikaji semula secara menyeluruh.

“Kami akan duduk dan menyemak pengaturan keselamatan,” kata Mohd Shuhaily semasa sidang media.

Kes tembak di KLIA : Ini 3 fakta penting yang anda kena tahu
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*