Kerajaan Perpaduan tidak akan membedakan pemimpin setiap negeri – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbirannya tidak akan membezakan layanan terhadap pemimpin di peringkat negeri.

Jelas Ahli Parlimen Tambun itu, beliau mahu keputusan rakyat di setiap negeri dihormati dan dijunjung selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berakhir.

“Pentadbiran saya tidak membeda-bedakan pasukan mana yang rakyat telah pilih untuk mengemudi negeri.

“Pilihan raya telah pun berlalu dan keputusan rakyat mesti dijunjung dan dihormati,” tulisnya di laman Facebook, hari ini.

Anwar menambah, apa yang penting ketika ini adalah untuk mentadbir dengan baik serta menerapkan nilai keadilan.

“Kini masa untuk mentadbir dengan baik dan terapkan nilai keadilan dengan etika ketelusan dan kebertanggungjawaban yang tinggi,”kata beliau.

Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk membantu mangsa yang terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu.

Menurut Anwar, peruntukan itu melibatkan sebanyak RM50 juta bagi mangsa banjir di Kelantan manakala RM50 juta lagi di Terengganu.

Ujar Perdana Menteri, bantuan itu merupakan keperluan segera yang diberikan bagi membantu kebajikan rakyat di kedua-dua negeri itu.

Kerajaan Perpaduan tidak akan membedakan pemimpin setiap negeri – PM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*