{VIDEO} “Kalau nak tumpang cakap, jangan bahayakan diri” – Lelaki berpaut belakang treler di highway diburu

POLIS sedang mengesan seorang lelaki yang dirakam berpaut pada belakang sebuah treler sedang bergerak di atas lebuh raya.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee, kejadian itu dirakam di Kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua menghala ke Senai pada kira-kira pukul 10 pagi Khamis.

“Ketika kejadian, pemandu lori Scania dari Kangkar, Pulai menghala ke kawasan Perindustrian Senai mungkin tidak menyedari terdapat lelaki berpaut di belakang kenderaan dipandunya.

“Pemandu terbabit didakwa hanya menyedari perkara itu setelah rakannya menghantar video viral berkenaan. Pemandu lori berumur 36 tahun telah hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai bagi siasatan lanjut pihak polis,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 47 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Seng Lee turut menggesa mana-mana saksi yang mempunyai maklumat berkaitan pelaku agar tampil memberi maklumat di IPD Kulai atau hubungi pegawai penyiasat di talian 016-7573507.

Terdahulu, video memaparkan seorang lelaki melakukan aksi berbahaya dengan berpaut pada belakang treler tular di media sosial.

Video berkenaan turut dihujani komen netizen yang rata-ratanya menyelar lagak ngeri dilakukan lelaki tersebut.

“Kalau nak tumpang cakap la. Jangan sampai membahayakan nyawa.

“Dia nak tumpang balik kampung tu sebab tak cukup duit kot.

“Lori brek emergency baru dia tahu apa itu penyesalan,” tulis netizen.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*