{VIDEO} Gila betul! Seret, campak masuk kolam renang, lelaki durjana cuba lemaskan kekasih hamil

SEORANG lelaki didakwa cuba membunuh teman wanitanya dengan cuba melemaskan mangsa di dalam sebuah kolam renang baru-baru ini.

Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah kondominium mewah di negara namun tidak dinyatakan lokasi sebenar.

Kejadian itu dirakam oleh salah seorang penduduk premis berkenaan dan video itu dimuat naik di laman media sosial X (Twitter), @adibhazlami pada Jumaat.

“Katanya di Malaysia. Dia nak lemaskan teman wanita dia sebab mengandung.

“Gila betul. Tak kira percubaan membunuh ke ini?,” dakwanya.

Melalui video seminit lebih yang dikongsikan, kedua-dua pasangan itu dilihat bergaduh mulut terlebih dahulu.

 

Keadaan menjadi lebih tegang apabila lelaki berkenaan mula bertindak ganas dan mengasari wanita tersebut.

Lebih kejam lagi, lelaki tersebut dilihat mengheret mangsa dan mencampak wanita itu ke dalam kolam renang kondominium tersebut sebelum cuba melemaskan mangsa.

Namun, wanita itu bernasib baik apabila dia berjaya melepaskan diri daripada cengkaman lelaki berkenaan setelah bergelut selama beberapa saat.

Melihat wanita itu cuba melawan, lelaki itu kemudiannya mengundurkan diri.

Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan keadaan sebenar wanita tersebut.

Pada masa sama, masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mangsa mahupun pihak berkuasa.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*