Kadar tol Besraya, Lekas turun mulai esok

Kadar tol di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) akan diturunkan mulai 1 Jan 2023.

Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata, kadar tol diturunkan sebanyak 15 sen bagi kenderaan kelas 1 yang melalui plaza tol Loke Yew dan Mines (arah Utara & Selatan) Lebuhraya Besraya.

Bagi Lebuhraya Lekas, kadar tol bagi kenderaan kelas 1 dikurangkan daripada 0.1811 sen/km kepada 0.1666 sen/km bagi sistem tol tertutup, manakala kadar tol kekal bagi sistem tol terbuka, iaitu di Plaza Tol Ampangan.

“Kerajaan dengan sokongan dan persetujuan syarikat konsesi lebuh raya bertol bawah kendalian kumpulan IJM Corporation Berhad telah bersetuju untuk menurunkan kadar tol berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023 jam 12.01 tengah malam.

“Penurunan kadar tol ini juga merupakan sebahagian daripada persetujuan penyusunan semula struktur dan kadar tol bagi kedua-dua lebuhraya ini yang diputuskan oleh kerajaan,” kata Nanta dalam kenyataan.

Kadar tol semasa adalah RM2.00 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang melalui mana-mana plaza tol Besraya dan RM8.30 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang menggunakan keseluruhan Lekas.

Nanta berkata, penurunan kadar tol kedua-dua lebuhraya ini adalah bagi sepanjang tempoh konsesi.

Katanya, cadangan penurunan kadar tol ini tanda keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup.

“Melalui penyusunan semula struktur dan kadar tol bagi kedua-dua lebuhraya ini, kerajaan dapat menjimatkan peruntukan bayaran pampasan yang dianggarkan sebanyak RM1.978 billion sepanjang tempoh konsesi bagi kedua-dua lebuhraya.

“Peruntukan ini boleh disalurkan kepada keperluan asas lain rakyat,” katanya.

Turut baca :

Kadar tol Besraya, Lekas turun mulai esok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*