{VIDEO} Bungkusan di atas kereta meletup, tukang masak maut

KUALA LUMPUR: Seorang tukang masak maut akibat letupan bungkusan diletak di atas keretanya di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam, mangsa berusia 28 tahun dilaporkan mahu mengalih sebuah bungkusan diletakkan di atas keretanya jenis Toyota Corolla Altis, selepas dikata dimaklumkan rakan sekerja mengenai bungkusan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata bungkusan dalam plastik itu bagaimanapun dipercayai mel3tup secara tiba-tiba sebaik saja mangsa memegangnya.

“Letup@n itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada tubuh badan dan tangan.

“Susulan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang oleh orang awam, namun disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 malam ketika sedang menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi.

Mohamad Farouk berkata, letupan itu juga mengakibatkan bahagian hadapan kereta mangsa terbakar.

Beliau berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor turut bergegas ke lokasi untuk memadamkan kebakaran akibat letupan itu.

“Polis menemui beberapa objek dipercayai bahan letupan yang digunakan, berhampiran lokasi kejadian tetapi masih menyiasat perkara berkenaan,” katanya.

Sejak jam 9.30 malam hingga setakat 1.30 pagi tadi, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Turut berada di lokasi ialah pasukan Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Pemusnah B0m (URB) dan Unit Anjing Pengesan (K9).

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan jenayah bunuh.

{VIDEO} Bungkusan di atas kereta meletup, tukang masak maut

 

{VIDEO} Bungkusan di atas kereta meletup, tukang masak maut

{VIDEO} Bungkusan di atas kereta meletup, tukang masak maut

{VIDEO} Bungkusan di atas kereta meletup, tukang masak maut

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*