Kad prabayar tidak berfungsi di tol, Menteri KPDN panggil Touch n’ Go beri penjelasan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meneliti dengan serius isu kad prabayar Visa Touch n’ Go yang dilaporkan tidak dapat digunakan di plaza tol dan pengangkutan awam.

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pihaknya telah menerima banyak aduan berkenaan perkara tersebut dan maklumkannya kepada Bahagian Penguat Kuasa kementerian.

“Pihak penguat kuasa akan memanggil Touch n’ Go untuk hadir dan memberi penjelasan kepada KPDN esok pagi.

“Saya sentiasa peka dalam menerima aduan pengguna dan mengharapkan agar kerjasama antara KPDN and TnG boleh menyelesaikan aduan ini dengan segera,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*