Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa cedera

Sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan ladang kelapa sawit di Felda Gunung Besout 2 Tambahan, Sungkai di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian yang dilaporkan pada pukul 9.55 pagi itu mengakibatkan dua mangsa cedera.

Mangsa yang cedera tersepit di bahagian kaki telah dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Setakat ini dua mangsa terlibat dan kedua-duanya selamat,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*