Belanjawan 2023 : Tangani kemiskinan tegar agenda utama KPDN – Salahuddin

Usaha menangani isu kemiskinan tegar akan dijadikan sebagai agenda utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam Belanjawan 2023 nanti.

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata usaha itu merupakan satu keutamaan kepada Kerajaan Perpaduan, selain menjadi agenda nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita sasar untuk menyelesaikan isu ini, golongan miskin tegar yang jika mengikut statistik berjumlah hampir 127,000 di seluruh negara. Jadi kumpulan sasar inilah yang kita akan utamakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran bakeri Kafe Paris Baguette di Pavilion, Bukit Bintang hari semalam.

Beliau berkata kementeriannya telah memohon peruntukan bagi menyantuni golongan miskin tegar, dan beliau berharap ia diberi perhatian oleh Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2023 nanti.

Turut baca :

 Belanjawan 2023 : Tangani kemiskinan tegar agenda utama KPDN - Salahuddin

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*