“Hati tak tenang fikir mulut puaka mak mentua…” Isteri menangis enggan beraya rumah keluarga suami

MENJADI idaman setiap wanita yang berumah tangga untuk dikurniakan suami dan keluarga mentua yang baik.

Apatah lagi bagi mereka yang bergelar yatim piatu, kehadiran keluarga mentua diibaratkan seperti pengganti ibu bapa kandung untuk menumpang kasih.

Namun begitu, nasib tidak menyebelahi wanita ini apabila dia dibenci serta tidak diterima oleh keluarga mentua.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, dia dan pasangannya baharu mendirikan rumah tangga dua bulan lalu selepas empat tahun menjalin cinta.

Saya tahu family dia, mak dia, tak suka saya. Pernah mengata macam-macam, pernah fitnah macam-macam. Tapi saya bertahan sebab partner saya lelaki yang sangat baik.

“Saya ingatkan dah okay sebab setahun lepas mereka layan saya dengan baik.

“Tapi sebelum kahwin, saya dah tak sedap hati, dah tawar hati, dah pernah minta cancel wedding tapi semua orang marah.

“Kini dah lepas kahwin, banyaknya makan hati dengan mak mentua, mulut macam apa. Rasa macam nak kena berebut suami sendiri. Kita ni dah lah tak ada mak ayah, rindu sangat-sangat mak sendiri,” luahnya.

Tambah wanita itu, perasaannya makin bercampur baur apabila terpaksa pulang ke kampung halaman suaminya untuk menyambut Syawal bersama keluarga mentua.

“Tengah menangis dalam kereta rasa tak nak balik raya. Entahlah, malangnya jadi perempuan kadang-kadang kan.

“Selama ni hidup sorang-sorang… rasa macam tak kahwin pun tak apa kot sebab dah banyak lalui macam-macam. Life is too short untuk tambah masalah macam ni.

“Kesian juga husband dah cuba yang terbaik selalu utamakan saya tapi dia pun penat tersepit. Rasa macam baik cerai je daripada bebankan dia,” luahnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut bersimpati malah mereka memberikan kata-kata semangat kepada wanita berkenaan.

“Suami awak patut menjadi orang yang mempunyai kekuatan bagi mempertahankan awak daripada keluarganya dan menetapkan sempadan.

“Tak payah balik rumah mentua. Buat bodoh je. Raya tak raya… dah alang-alang orang tak suka kan.

“Satu benda manusia perlu sedar, toksik dalam keluarga mentua takkan berubah. Mana-mana yang belum kahwin, kalau dah nampak segala red flags angkat je kaki. Bersendirian lebih baik,” demikian antara komen netizen.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*