Ibu tunggal di Terengganu jadi wanita pertama disebat kerana berkhalwat

Seorang ibu tunggal di Terengganu menjadi wanita pertama di negeri itu dikenakan hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana berkhalwat.

Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Rosdi Harun menjatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM4,000 selepas Nurfifi Amira Nawi, 37, mengaku bersalah bagi kesalahan di bawah Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (Pindaan) 2022.

Nurfifi mengaku berada bersama-sama seorang lelaki berusia 40 tahun yang bukan suami atau mahramnya di sebuah rumah di Kemaman, kira-kira 3.15 petang, 31 Jan lalu.

Sebelum ini, wanita itu pernah disabitkan bagi kesalahan di bawah seksyen yang sama pada 2018 dan telah dikenakan hukuman denda.

Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (Pindaan) 2022, kesalahan khalwat kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman maksimum sebatan enam kali, denda RM5,000 atau penjara tiga tahun.

Rosli memerintahkan hukuman ke atas Nurfifi, yang mempunyai seorang anak, dijalankan pada 6 Mei di Penjara Marang jika dia gagal mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini, dan hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Terdahulu, hakim berkenaan menasihati Nurfifi supaya segera bernikah secara sah mengikut hukum syarak bagi menghindari perbuatan khalwat.

“Pada saya, (bagi) penyakit khalwat ubat paling besar adalah nikah yang sah daripada segi hukum syarak. Jangan nikah (di) Golok (Thailand). Kamu beri alasan hendak nikah tetapi tindakan tidak ada, jadi ini tidak insaf,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*