Ayah mentua meluat tengok muka menantu, wanita terkedu lepas dapat tahu punca

SETELAH diijabkabulkan, seorang wanita bukan sahaja sah bergelar isteri kepada suaminya malah secara rasmi menjadi sebahagian daripada keluarga mentua.

Namun setiap keluarga mempunyai dinamik yang berbeza-beza sehingga seseorang itu mungkin sukar untuk menyesuaikan diri.

Begitulah kisahnya melalui satu luahan tanpa nama di laman X, apabila seorang wanita dibenci adik iparnya meskipun sudah beberapa tahun menjadi sebahagian daripada keluarga.

Menurut wanita itu, kebencian meluap-luap adik ipar terhadapnya bermula daripada satu insiden sebelum dia dan suami berkahwin.

“Adik ipar saya ni perempuan umur 29 tahun, dia memang tak boleh terima yang saya berkahwin dengan abang dia. Setiap kali berjumpa memang dia akan tarik muka dan tunjuk yang dia tak suka dekat saya.

“Kalau nak tahu adik ipar ni satu-satunya anak perempuan dalam keluarga suami dan dia seorang je lagi yang belum berkahwin. Saya sedih teramat apabila keseluruhan keluarga suami turut terpengaruh dengan adik ipar untuk benci saya.

“Saya dah buat macam-macam ikhtiar untuk ambil hati mereka tapi tak berhasil. Apabila saya cuba siasat kenapa adik ipar tu benci saya, dia cuma cakap sebab saya tak bersalaman dengan dia waktu sebelum kahwin dulu.

“Aduhai macam mana pula tu, benda sekecil-kecil zarah pun boleh makan hati sampai bertahun-tahun. Tapi lagi terkejut jawapan penjelasan apabila saya bincang dengan keluarga besar suami,” ujarnya.

Jelas wanita itu, ternyata keluarga mentuanya menyimpan rasa tidak puas hati ketika majlis perkahwinan dia dan suami.

“Keluarga suami cakap mereka geram sebab saya tak ucap terima kasih dekat mereka selepas selesai majlis kahwin saya dan suami. Saya terkedu sekejap. Untuk pengetahuan majlis kahwin tu gabung sekali belah lelaki dan perempuan.

“Kami bernikah dan bersanding pada hari yang sama. Keadaan agak kelam-kabut ketika itu, mungkin betul saya terlepas pandang nak ucap penghargaan kepada keluarga suami kerana sudi membantu.

“Tapi tak perlu kot sampai saya dihukum sebegini berat. Ayah mentua siap cakap lagi dia dah meluat tengok muka saya, sebabnya dia kata saya tak senyum waktu salam dengan dia ketika dia singgah rumah saya dulu.

“Seingat saya ketika tu anak saya tengah sakit dan saya yang jaga seorang sebab suami outstation, saya tengah penat, boleh ada empati kot? Saya dah muak nak hadap semua ni, apa patut saya buat?” kata wanita itu meminta pendapat.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya meminta wanita itu untuk menyelamatkan diri sebelum terlambat.

“Saya rasa sebelum berkahwin awak bukan pilihan utama keluarga suami, itu yang awak diperlakukan sebegini. Kalau orang dah tak suka kita jangan paksa, kita ni ada harga diri dan ada perasaan.

“Suami awak pun macam tak berfungsi je saya tengok, kenapa dia tak cuba nak pertahankan awak? Suami patutnya boleh pergi slow talk dengan adik dia yang banyak songeh tu,” kata sebahagian warga maya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*