Geng motor ‘hon’ konvoi VIP, jadi punca jalan sesak

Geng motor hon konvoi VIP, jadi punca jalan sesak

Tidak semua yang kita lakukan akan disukai dan disenangi ramai. Bukan kerana iri dengan kelebihan atau pangkat tetapi lebih kepada lemahnya adab yang kita sendiri mungkin tak sedar.

Misalnya seperti isu yang berulang melibatkan kroni VIP, bilamana mereka selalu mengundang kemarahan dek kerana perbuatannya.

Menerusi muat naik di Twitter oleh pemilik akaun @datukhensem, memaparkan keadaan laluan motosikal terhalang oleh anggota polis dan trafik yang bertugas ketika itu.

Demikian adalah kerana ingin memberi keutamaan kepada kenderaan VIP serta beberapa petugas ‘marshall’ yang ditugaskan bagi mengiiringi orang kenamaan berkenaan.

Bagaimanapun, geng pancuan roda tidak berdiam diri di situ, sebaliknya berpakat membunyikan hon motosikal masing-masing seolah-olah menyambut ketibaan konvoi tersebut, namun tidak dapat dipastikan niat tersembunyi mereka berbuat yang demikian.

Selain itu, ada juga yang emosi melihat kejadian tersebut sehingga tidak semena-mena dilabel kejam oleh orang ramai kerana tindakan orang kenamaan tersebut yang dianggap pentingkan diri.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*