Anwar ‘mampu’ pacu negara jauh lebih baik

Penting bagi rakyat menerima dengan berlapang dada serta memberi kepercayaan tanpa berbelah bahagi kepada kepimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memacu negara ke arah yang lebih baik, progresif, dinamik dan seterusnya memulihkan ekonomi negara.

Jujurnya saya boleh mengatakan Anwar telah mencetuskan satu fenomena luar biasa malah berdasarkan sambutan dan penerimaan rakyat yang apabila perdana menteri itu sanggup melayan, menyapa, berjabat tangan dan berswafoto bersama orang awam.

Malah beliau memiliki pengetahuan dan kefahaman yang mendalam mengenai ajaran Islam yang sememangnya menjadi pegangan serta amalan semasa mengetuai kepimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Sehingga kini ia tidak berubah. Beliau juga mengetahui nama tokoh-tokoh ulama dan ilmuan zaman lampau selain lancar membaca ayat suci al-Quran.

Dalam hal ini, benarlah kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Allahyarham Profesor Datuk Dr. Siddiq Fadzil bahawa usahakanlah supaya Anwar menjadi perdana menteri, kelak beliau sendiri tahu apa yang wajar hendak diperbuat.

Berkat kesabaran beliau telah menjadi bukti awal sejak mula menduduki kerusi nombor satu negara apabila secara terbuka mempelawa kepada sesiapa sahaja atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang berhajat untuk mengadakan majlis Taalim atau percambahan ilmu di kediaman Sri Perdana, Putrajaya setiap minggu.

Oleh demikian inisiatif dan penghargaan terhadap sumbangan serta peranan ulama dan ilmuan Islam daripada seorang perdana menteri yang dizahirkan melalui majlis mahabah baru-baru ini sewajarnya disokong oleh semua pihak tanpa mengira perbezaan ideologi politik kepartian demi kelangsungan ummah sejagat.

Justeru, menjadi harapan kita sebagai umat Islam agar negara kita dapat mewujudkan hubungan rapat gandingan antara umara dan ulama sebagaimana yang sering diimpikan umah sekian lama iaitu ke arah “Baldatun Taiyyibatun Warabbun Ghafur”.

 

MUZAKKIR HARON
Pulau Pinang

Anwar 'mampu' pacu negara jauh lebih baik

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*