Alhamdulillah… Faisal Halim stabil selepas pembedahan kedua

Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan selamat menjalani pembedahan keduanya di sebuah hospital swasta di Shah Alam malam tadi.

Terbaharu, tonggak utama Selangor FC itu berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam.

Faisal Halim telah selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama 3 jam petang tadi (Selasa) dan keadaannya makin stabil.

Sementara itu, Faisal dikhabarkan akan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sekurang-kurangnya 10 hari bagi mendapatkan rawatan susulan.

Terdahulu, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar memaklumkan beliau sempat berjumpa dengan pemain berusia 26 tahun itu sebelum menjalani pembedahan kedua kira-kira jam 5.30 petang Selasa.

Menurut Shahril, Faisal kirim salam pada semua sahabatnya dan meminta orang ramai untuk mendoakan kesembuhan buatnya.

Saya baru sahaja melawat Faisal, Alhamdulillah dia sedar dan stabil.

Jadi kita doakan supaya pembedahan kedua akan berjalan lancar. Saya sempat jumpa Faisal, dia kata doakan dia supaya dia cepat sembuh dan kirim salam kepada kawan-kawan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*