Anggota polis maut dipukul

Seorang anggota polis maut dipercayai dipukul dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah di sini, semalam.

Mangsa berpangkat koperal berusia 34 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 3 pagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, susulan kejadian tersebut pihaknya sedang mengesan sekumpulan lelaki yang berada di lokasi kejadian semasa berlakunya insiden tersebut.

Katanya, mereka berkemungkinan menyebabkan kematian lelaki terbabit.

“Anggota polis itu masih berkhidmat di Kontinjen Polis Kuala Lumpur. Kes tersebut masih dalam proses siasatan dan kita masih menunggu keputusan bedah siasat,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*