Akibat alami kesakitan lepas pembedahan, lelaki tembak mati doktor pakar

Akibat alami kesakitan lepas pembedahan, lelaki tembak mati doktor pakar.

Lelaki yang menembak mati empat mangsa di sebuah hospital di Oklahoma, kelmarin, didakwa pergi ke lokasi untuk membunuh seorang doktor yang dipersalahkan atas kesakitan dialaminya selepas menjalani pembedahan, baru-baru ini.

Akibat alami kesakitan lepas pembedahan, lelaki tembak mati doktor pakar
Akibat alami kesakitan lepas pembedahan, lelaki tembak mati doktor pakar

Ketua Polis Tulsa, Wendell Franklin, berkata suspek dikenali sebagai Michael Louis, memasuki kampus Sistem Kesihatan St Francis bersama senjata separa automatik dan melepaskan tembakan sehingga meragut nyawa dua doktor, seorang penyambut tetamu dan seorang pesakit.

Mangsa terkorban meliputi pakar bedah ortopedik, Dr. Preston Phillips, 59, yang merawat suspek sebelum itu, dan pakar perubatan sukan, Dr. Stephanie Husen, 48.

“Suspek pergi ke lokasi dengan niat untuk membunuh Dr Phillips dan sesiapa saja yang menghalangnya,” kata Franklin pada sidang media, semalam.

Turut baca

Beliau berkata, suspek kemudian turut menembak mati dirinya. Pihak berkuasa dilaporkan menemui sepucuk surat pada suspek yang menyatakan sasaran serangannya itu.

Polis memaklumkan, suspek yang tinggal di Muskogee terletak kira-kira 80 kilometer dari Tulsa, keluar hospital pada 24 Mei lalu selepas menjalani pembedahan pada bahagian belakang badan.

Bagaimanapun, suspek kemudian menghubungi pihak hospital itu beberapa kali untuk mengadu mengenai kesakitan dialaminya.

Dia dilaporkan membeli sepucuk senapang pada hari kejadian sebelum melakukan serangan.

Sementara itu di Washington, Presiden Joe Biden menggesa Kongres untuk mengharamkan senjata serangan, memperluaskan pemeriksaan latar belakang dan melaksanakan langkah kawalan senjata api yang lain bagi menangani kejadian tembakan seumpama itu di Amerika Syarikat (AS).

Biden dalam ucapan di Rumah Putih, semalam, menegaskan ‘sudah cukup’ insiden sedemikian di AS yang turut digemparkan dengan tragedi serangan di sebuah sekolah di Texas serta pasar raya di Buffalo, New York, baru-baru ini.

Beliau antara lain mengusulkan penjualan senjata serangan diharamkan ataupun jika langkah itu tidak dapat dilaksanakan, menaikkan umur minimum daripada 18 kepada 21 tahun untuk kelayakan membeli senjata terbabit.

“Kita tidak boleh lagi mengecewakan rakyat AS,” katanya sambil mendesak Republikan supaya menyokong rang undang-undang berhubung langkah kawalan senjata api dibawa untuk pengundian.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*