Digelar anak derhaka kerana tak bantu bapa jatuh motosikal, pihak sekolah tampil beri penjelasan. Gara-gara tidak membantu bapanya jatuh dari motosikal, seorang pelajar perempuan teruk dikecam wargamaya.
Lebih dahsyat, ada juga yang menggelarnya anak derhaka disebabkan insiden tersebut.
Enggan berdiam diri, wakil daripada SMK Nasiruddin Shah, Besut tampil dalam satu kenyataan memaklumkan kisah di sebalik video yang tular.
Malah, pihaknya juga meminta orang ramai berhenti mengecam pelajar berkenaan berikutan ‘masalah’ yang dialami olehnya.
Semalam, tular sebuah video menyaksikan gelagat seorang pelajar perempuan membiarkan bapanya jatuh daripada motor, termasuklah tidak membantunya untuk bangun.
Video tanpa penjelasan itu dihujani pelbagai respon yang rata-ratanya mengkritik tindakan pelajar terbabit yang juga merupakan anak kepada lelaki warga emas itu.
Turut baca :
Leave a Reply