Suami menangis setelah buat carian di ‘google’ kisah arwah bini, rupanya ini kisah sebenar.
Dalam rumah tangga, suami isteri perlulah saling sayang menyayangi dan menjaga hati pasangan masing-masing demi kesejahteraan dan keharmonian hidup bersama.
Hal ini kerana, jika salah seorang pergi dijemput Ilahi, pastinya kita tidak mahu hidup dibelenggu penyesalan akibat pernah menyakiti hati pasangan.
Itulah yang berlaku pada seorang suami, ketika dia menyangga, suami isteri perlulah saling sayang menyayangi dan menjaga hati pasangan masing-masing demi kkiti hati isterinya sebelum si dia meninggal dunia.
Kisah penuh menyayat hati ini dikongsikan oleh Facebook Buzz Kini mengenai penyesalan seorang suami yang terlanjur kata pada isterinya.
Apa yang lebih sakit, 2 bulan sebelum isterinya meninggal dunia, dia telah mengutuk saiz badan isteri dengan mengatakan wanita tersebut gemuk gedempul.
Lebih perit, suami ini membandingkan tubuh arwah isterinya dengan pekerja wanita di tempat kerja..
Penuh sesalan, suami ini akhirnya membuka telefon dan mennagis sebaik saja melihat carian isterinya di google, menunjukkan betapa arwah isteri ingin kurus dan terasa dengan apa yang dikatakannya.
Justeru, sebagai suami atau isteri, sebelum berkata sesuatu pada pasangan, haruslah difikir dulu perasaan mereka, bimbang mereka terguris hati dan akhirnya pergi meninggalkan kita dengan penuh penyesalan.
Turut baca
Leave a Reply