Ibu, nenek saudara disyaki dera 2 kanak-kanak ditahan

Ibu, nenek saudara disyaki dera 2 kanak-kanak ditahan.

Gambar dua kanak-kanak dengan muka lebam sedang makan di medan selera di sini membawa kepada penahanan seorang ibu dan nenek saudara kerana disyaki terlibat dalam kes penderaan.

 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Soffian Santong berkata, gambar dua kanak-kanak iaitu seorang lelaki berusia tiga tahun dan seorang perempuan lima tahun dimuat naik dalam Facebook.

Katanya, susulan gambar disiarkan itu, orang awam membuat laporan polis.

Beliau berkata, kanak-kanak itu ditemukan dengan luka dan bengkak di muka serta badan dan kedua-dua kanak-kanak malang itu segera dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

“Polis menahan dua wanita tempatan, termasuk seorang daripadanya berusia 28 tahun yang juga ibu kepada kanak-kanak itu serta nenek saudara mereka yang berusia 52 tahun,” katanya ketika dihubungi.

Soffian berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.

“Polis meminta kerjasama orang ramai mempunyai maklumat berhubung perkara itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian 04-2181822,” katanya.

Turut bachttps://www.youtube.com/watch?v=FNqarRenVs0a

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*