“Riwayat pelajar perempuan berakhir dengan tragis…” Penganggur tekup kekasih hingga mati didakwa esok.
Seorang penganggur yang disyaki menekup kekasihnya dengan bantal sehingga mati di Kampung Idaman, Pandamaran, Klang akan didakwa di mahkamah esok.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sudah mendapat arahan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi pertuduhan terhadap suspek berusia 24 tahun itu.
“Lelaki yang sudah ditahan polis itu masih ditempatkan di lokap Klang.
“Pendakwaan ke atas suspek berkenaan akan dilakukan di Mahkamah Klang pada 4 Julai (esok),” katanya selepas merasmikan Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Kontinjen Selangor di Taman Penggawa di sini, hari ini.
Tambah Arjunaidi, motif sebenar kejadian mengenai punca suspek melakukan perbuatan ke atas mangsa masih dalam siasatan.
“Kita masih menyiasat dan tidak boleh mendedahkan motif itu kerana ia akan melibatkan kes di mahkamah nanti,” jelasnya.
Riwayat seorang pelajar perempuan berakhir dalam keadaan tragis apabila dia mati ditekup menggunakan bantal oleh kekasihnya sendiri dalam kejadian di Kampung Idaman, Pandamaran, Klang.
Kejadian memilukan itu berlaku di rumah kekasihnya kira-kira pukul 2 pagi pada 26 Jun lalu selepas mangsa berusia 16 tahun dibawa dari Puchong menggunakan kenderaan jenis Perodua Myvi.
Turut baca
Leave a Reply