Sebak !!! Suami terpaksa lepas jawatan , anak pula tidak boleh menangis sejak lahir

Sebak !!! Suami terpaksa lepas jawatan , anak pula tidak boleh menangis sejak lahir.

Sepasang suami isteri diuji apabila seorang daripada anak kembar perempuan mereka dilahirkan tidak boleh menangis atau mengeluarkan suara sejak dilahirkan.

Lebih malang, bayi tersebut, Nurul Hasya Adzkiya Borhan yang kini berusia empat bulan juga dikesan mengidap masalah jantung dan memerlukan dana RM50,000 bagi membolehkannya menjalani pembedahan.

Sebak !!! Suami terpaksa lepas jawatan , anak pula tidak boleh menangis sejak lahir

Kembar kepada Nurul Hasya Adzkiya iaitu Nurul Hessa Adzkiya bagaimanapun tidak menghadapi sebarang masalah ketika dilahirkan dan kini dijaga oleh nenek mereka.

Bapa pasangan kembar tersebut, Borhan Zolkeffli, 28, sebelum ini hanya bekerja sebagai operator kilang dengan pendapatan RM1,200 manakala isterinya, Nurul Ain Halimatusaadiah Nasrudin, 26, bertugas sebagai seorang guru Pendidikan Khas dengan pendapatan RM2,400 sebulan.

Turut baca

Bagaimanapun, Borhan terpaksa meletakkan jawatan selepas isterinya menghadapi pelbagai masalah kesihatan ketika hamil dan pasangan itu kini berdepan masalah kewangan untuk menampung kos rawatan Nurul Hasya Adzkiya selain kos pengangkutan kerana terpaksa membawa si kecil itu berulang-alik ke hospital.

Justeru, pasangan terbabit memutuskan untuk mendapatkan bantuan daripada pertubuhan kebajikan, One Hope Charity and Welfare bagi mengumpul dana daripada orang awam untuk merawat anak mereka.

Dalam pada itu, Pengerusi One Hope Charity, Datuk Chua Sui Hau berkata, selepas membuat beberapa pengesahan berkaitan, pihaknya bersetuju membantu pasangan berkenaan.

Sui Hau berkata, sebelum ini beliau dimaklumkan Nurul Hasya Adzkiya masih perlu menjalani pemeriksaan berkala bagi memantau tahap kesihatannya.

“Doktor juga telah mengajar ibu bapanya teknik bantuan pernafasan (CPR) untuk bayi mereka jika si kecil itu mempunyai gejala kekurangan oksigen atau denyutan jantung berhenti sebelum sampai ke hospital.

“Bagaimanapun, pada pemeriksaan berkala yang lalu, doktor mendapati saluran darahnya gagal berkembang dan kandungan oksigen dalam darah makin berkurangan. Justeru, dia perlu dirujuk ke hospital pakar swasta untuk menjalani satu prosedur pembedahan yang dikenali sebagai Blalock-Taussig Shunt dengan kos RM50,000,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga berkenaan dengan berbuat demikian melalui akaun Public Bank Berhad (3193433435) atau menerusi laman sesawang www.onehopecharity.org atau melalui applikasi One Hope Charity.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*