Treler terbalik hempap 2 kereta di Plaza Tol Alor Setar Selatan

Treler terbalik hempap 2 kereta di Plaza Tol Alor Setar Selatan

Dua pemandu berhadapan detik cemas apabila terperangkap lebih 20 minit selepas kereta mereka dihempap treler terbalik di Plaza Tol Alor Setar Selatan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, treler terbabit yang dipercayai hilang kawalan disebabkan kerosakan brek cuba mengelak daripada merempuh kereta di hadapannya dengan masuk ke lorong kiri.

Treler terbalik hempap 2 kereta di Plaza Tol Alor Setar Selatan
Pemandu kedua-dua kereta terbabit berjaya dikeluarkan 20 minit kemudian selepas treler itu diangkat menggunakan trak penunda.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata treler itu bagaimanapun terbalik lalu menghempap dua kereta yang berada di sebelah kanannya.

Turut baca

“Sewaktu kejadian, pemandu kereta Proton Exora baru selesai membuat pembayaran di kaunter tol sementara kereta Proton Gen 2 sedang menunggu giliran di belakangnya.

“Tiba-tiba sebuah treler meluncur laju dari arah belakang kereta itu memasuki bahagian belah kiri namun tersangkut pada batu pembahagi jalan lalu terbalik menghempap dua kereta itu.

“Pemandu yang tidak mengalami kecederaan itu memaklumkan dia hilang kawalan selepas sistem brek tidak berfungsi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Shukri berkata, pemandu kedua-dua kereta terbabit berjaya dikeluarkan 20 minit kemudian selepas treler itu diangkat menggunakan trak penunda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*