“Benda dah jadi…” Sampai sekarang orang masih cakap buruk pasal saya – Alya Iman

“Gara-gara tunang dengan suami orang…” Sampai sekarang orang masih cakap buruk pasal saya – Alya Iman.

Pelakon yang juga anak kepada Allahyarham Azmil ‘Ali Setan’, Nur Alya Iman, mengaku, sehingga kini masih ramai bercakap buruk dan melemparkan dirinya dengan gelaran tertentu gara-gara kontroversi lalu.

"Benda dah jadi…" Sampai sekarang orang masih cakap buruk pasal saya – Alya Iman

Pernah menjadi bahan bualan ramai kerana bertunang dengan suami orang sebelum ini, Alya, bagaimanapun tetap kuatkan semangat dan menerima apa sahaja tohmahan orang termasuk biarpun digelar ‘gold digger’ serta perampas.

“Sampai ke hari ini, orang masih cakap buruk tentang diri saya. Masih ada yang panggil saya dengan macam-macam gelaran.

Turut baca

“Tapi saya tak ada kuasa untuk menghalang orang cakap apa-apa tentang saya. Secara asasnya, sebagai selebriti saya kena terima apa saja netizen nak cakap.

“Saya terima dengan hati terbuka. Saya selalu cakap pada diri, benda dah jadi… setiap apa yang jadi, ada hikmah. Apa saja orang nak cakap pasal saya, Insya-Allah saya terima,” katanya.

Alya berkata demikian semasa ditemui di majlis pra-tonton filem 7 Minggu Sebelum Kahwin yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, semalam.

Filem itu merupakan terbitan KRU Studios dengan kerjasama Bloombordia dan akan ditayangkan di Astro First pada 7 Julai 2022.

Selain itu, kata Alya, dia juga kini sedang menikmati momen sebagai seorang wanita single sementelah hubungannya dengan seorang duda anak dua, Ridhwan Rosli juga tidak sampai ke jinjang pelamin.

“Buat masa sekarang ini, ya, saya single dan saya dah tak ada kena mengena dengan Ridhwan lagi. Tapi kami masih kekal bersahabat baik.

“Namun, saya ‘not available’ ya. Bukan sebab dah ada kekasih baru, tapi saya nak fokus karier seni dan tak ada pun rasa nak ada hubungan cinta.

“Saya dan Ridhwan berpisah sejak bulan puasa lalu. Bagi saya, hubungan ini tak lebih daripada sekadar sahabat. Percaya sahaja pada kata kalau ada jodoh, tak ke mana,” katanya.

Sebelum ini, Alya pernah menghangatkan industri hiburan apabila dia dikatakan telah bertunang dengan seorang ahli perniagaan yang berstatus suami orang.

Bagaimanapun, Alya memutuskan perhubungan dan ikatan pertunangan itu apabila kehadirannya di sisi lelaki berkenaan sebenarnya tidak diketahui dan dipersetujui oleh si isteri.

Selepas terpalit dengan kontroversi itu, Alya kemudian menjalinkan hubungan cinta dengan seorang duda anak dua iaitu Ridhwan Rosli sekitar 2020.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*