Risau subsidi minyak botol dimansuhkan, orang ramai mula buat ‘pembelian panik’

Risau subsidi minyak botol dimansuhkan, orang ramai mula buat ‘pembelian panik’.

Susulan langkah kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram mulai 1 Julai, orang ramai dan pengguna di Johor Bahru mula membuat pembelian panik minyak masak botol. Dapat dilihat ramai yang ‘memborong’ hingga 2 ke 3 botol minyak masak 5kg berkenaan.

Orang ramai mula buat ‘pembelian panik’

Pengurus Besar Econsave Mas Imran Adam, berkata tindakan orang ramai membuat pembelian sehingga dua hingga tiga minyak masak botol lima kg menyebabkan stok kategori berkenaan semakin berkurangan.

“Ketika ini ramai pengguna mula buat pembelian minyak masak botol lima kg dalam jumlah banyak iaitu dua hingga botol setiap keluarga menyebabkan pasar raya kami mula mengalami kekurangan minyak masak dari dua,tiga dan lima kg.”

“Trend ini agak membimbangkan kerana jika ia    berterusan, dua tiga hari lagi stok minyak masak botol membabitkan minyak masak sawit tulen akan kehabisan.”

“Kami bercadang membuat permohonan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor bagi mengehadkan pembelian minyak botol kepada setiap pengguna bagi memastikan bekalan minyak botol tidak kehabisan.”

Turut baca

“Apatah lagi, pembekal memaklumkan mereka juga tidak mempunyai stok bekalan minyak botol yang banyak ketika ini apabila pesanan dibuat.”

Menurut Datuk Seri Alexander Nanta selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), tindakan memansuhkan jualan minyak botol adalah bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran lebih stabil dalam jangka masa yang panjang dan seterusnya menstabilkan harga.

Namun begitu, rakyat tidak perlu khuatir kerana subsidi minyak masak paket satu kilogram masih diteruskan setakat ini.

Dalam pada itu, pengguna, Norazura Amin, 36, berkata, beliau berkata beliau tidak bercadang membuat pembelian panik minyak masak botol.

“Saya lihat ramai yang beli minyak botol secara pukal, namun saya tidak mampu.”

“Bukan hanya minyak masak perlu dibeli, ayam segar dan telur pun harganya makin mahal membuatkan pengguna semakin tertekan.”

“Minyak masak paket pun makin sukar diperoleh dan sudah lama tidak dapat dibeli di kawasan saya.”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*