Tak rela berpisah, ibu rela simpan jenazah anak hingga reput dihurung lalat

Tak rela berpisah, ibu rela simpan jenazah anak hingga reput dihurung lalat.

Tak rela berpisah dengan anak kesayangan, seorang ibu menimpan mayat anaknya di kediaman mereka selama lebih seminggu.

Kejadian yang berlaku di unit tingkat lima, Blok 85 Commonwealth Close mula terbongkar bila jiran-jiran mula menghidu bau tengok yang luar biasa sejak 21 Jun lalu.

Dari kenyataan jiran-jiran berdekatan, anak beranak tersebut telah menetap lebih 10 tahun dan mereka hidup penuh kasih sayang.

“Lelaki itu kurus dan biasanya akan keluar dari rumah sekitar jam 8 atau 9 pagi untuk menggantung pakaian dan menyiram pokok bunga.

“Walaupun tidak berjumpa dengannya selama seminggu, mereka tidak menyangka bahawa dia telah meninggal dunia.”

Pada awalnya, jiran berkata mula sedar ada bau busuk melampau sejak seminggu lalu, tapi tidak mengendahkannya. Apabila bau semakin kuat, mereka mula melaporkan pada pihak polis kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku.

Apabila polis tiba, tiada sahutan selama 1 jam hingga terpaksa memanggil tukang kunci dan saat pintu dibuka, mayat lelaki tersebut hanya duduk tertunduk di ruang tamu.

“Sebaik sahaja pegawai polis masuk, saya mendengar wanita tua itu menangis, mungkin kerana dia keberatan untuk membaa anaknya itu pergi.”

“Saya turut merasa sedih mendengarnya, lagi pula itu adalah momen di mana seorang ibu yang menghantar anaknya, agak sukar untuk dia terima.”

Difahamkan, mayat berkenaan telah pun reput dan dihurung lalat ketika ditemui.

Wanita yang berusia lingkungan 80-an itu mempunyai dua orang anak, lelaki dan juga perempuan, menurut jiran lain. Difahamkan, polis telah mengeluarkan mayat itu kira-kira jam 6:45 petang.

Pihak polis menolak dakwaan mayat dibunuh dan kes masih dalam siasatan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*