Zahid : ‘Saya sedia disiasat SPRM seperti mana diminta Muhyiddin’

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti mana diminta bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahmad Zahid menerusi satu sidang akhbar berkata, pengalamannya disiasat SPRM sebelum ini menjadi beliau seorang yang berani untuk disiasat sekali lagi jika ia dapat memuaskan hati pihak lain.

“Saya pernah disiasat, saya pernah dibawa ke mahkamah dan saya bersedia pada bila-bila masa (disiasat SPRM).

“Tetapi janganlah tepuk air di dalam dulang, itu muka kita terpercik dan jangan juga meludah ke langit, pasti akan jatuh ke muka sendiri nanti.

“Hadapilah apa-apa yang patut hadapi, kerana saya telah pernah menghadapinya. Saya ucapkan selamat berjaya kepada beliau (Muhyiddin),” katanya bagi menjawab gesaan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu yang mencabar SPRM untuk turut menyiasat punca dana yang diperolehi UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*