Wanita lebih panas baran berbanding lelaki – Kajian

Wanita lebih panas baran berbanding lelaki – Kajian.

Satu kajian mendapati wanita lebih panas baran berbanding lelaki berdasarkan data yang menunjukkan otak golongan itu mempunyai suhu 0.4 darjah celsius lebih tinggi daripada lelaki.

Kajian itu didedahkan oleh sekumpulan penyelidik di Makmal MRC Biologi Molekul di Cambridge.

Lapor Daily Mail, menurut penyelidik, perbezaan suhu itu berkemungkinan besar disebabkan oleh kitaran haid memandangkan kebanyakan wanita yang melakukan imbasan dalam fasa selepas ovulasi.

Malah, jelas mereka, otak golongan terbabit mempunyai suhu sekitar 0.4 darjah celsius lebih tinggi berbanding wanita dalam fasa pra-ovulasi yang diimbas.

Kajian yang disiarkan dalam jurnal Brain, mengkaji 40 sukarelawan yang berusia 20 hingga 40 tahun.

Kesemua sukarelawan itu dibawa melakukan imbasan di kepala pada waktu pagi, tengah hari dan petang di Royal Infirmary of Edinburgh.

Para penyelidik mendapati suhu purata lebih tinggi berbanding 38.5 darjah celsius dilaporkan sebelum ini, sedangkan suhu diambil dalam mulut biasanya kurang daripada 37 darjah celsius.

Suhu tinggi itu dianggap sebagai demam sekiranya diambil dari bahagian lain di badan.

Namun, ketua kumpulan penyelidik, Dr. John O’Neill menyifatkan suhu lebih tinggi boleh menjadi tanda otak berada dalam keadaan sihat.

“Penemuan paling mengejutkan daripada kajian kami adalah otak manusia yang sihat boleh mencapai suhu yang didiagnosis sebagai demam di mana-mana bahagian badan,” katanya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*