Wanita ‘terkejut beruk’ selepas terima sampul kosong sebagai hadiah di majlis perkahwinan

Wanita ‘terkejut beruk’ selepas terima sampul kosong sebagai hadiah di majlis perkahwinan.

Seorang wanita menemui cara unik menagih hutang daripada rakannya apabila menyerahkan sampul duit kosong beserta nota ringkas semasa majlis perkahwinan penghutang, lapor laman berita Wolipop.

Wanita bernama Yayah Nurhayati itu memuat naik video di laman TikTok menunjukkan nota ringkas yang diselit di dalam sampul duit tersebut.

Wanita 'terkejut beruk' selepas terima sampul kosong sebagai hadiah di majlis perkahwinan
Yayah menyelitkan sekeping nota ringkas dalam sampul duit kosong yang diserahkan kepada rakannya yang berhutang.

“Maaf ya hanya berikan sampul kosong di majlis perkahwinan anda. Namun jika difikirkan semula, anda berhutang dengan saya sebanyak 500,000 rupiah (RM150) sejak dua tahun lalu.

“Maka dengan ini, anggap sahajalah sekarang dengan pemberian kosong di majlis perkahwinan anda, hutang sudah lunas dan selamat berbahagia,” tulis Yayah.

Video tersebut tular di media sosial dengan jumlah tontonan mencecah 3.4 juta kali.

Menurut Yayah, rakannya meminjam wang pada 2020 dan berjanji akan membayar semula apabila mendapat gaji tetapi mendiamkan diri selama dua tahun.

“Cara ini sebagai pengajaran dan juga peringatan buat mereka yang berhutang untuk membayar apabila sudah mampu.

“Jika dia boleh mengadakan majlis perkahwinan, pasti dia mempunyai wang untuk membayar hutang saya sebenarnya,” ujar Yayah.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*