{VIDEO} Wanita luah kesal sikap pelanggan ‘over’, borong lebih 40 ekor ayam di Pasaraya

Wanita luah kesal sikap pelanggan ‘over’, borong lebih 40 ekor ayam di Pasaraya.

Tak dinafikan, ramai luah gerun melihat peningkatan harga barangan yang naik mendadak.

Bukan itu sahaja, segelintir rakyat juga kelihatannya sudah mulai terkesan dengan krisis bekalan makanan yang berlaku, terutamanya dalam kalangan peniaga apabila mengalami kesukaran untuk mendapatkan stok barang mentah.

Seorang wanita luah luah kesal dengan sikap segelintir pelanggan di luar sana yang mementingkan diri.

Demikian adalah kerana tidak berpada-pada dalam mendapatkan stok mereka, baik untuk keperluan sendiri mahupun untuk berniaga.

Menurut wanita itu, dia melihat seorang pelanggan pasaraya mengambil lebih daripada 40 ekor ayam tanpa memikirkan keperluan pelanggan lain.

“Awal pagi tadi saya pergi pasaraya, tapi seekor ayam pun tak dapat.”

 

“Tengok dalam troli dia, ada lebih daripada 40 ekor ayam…mungkin dia ada kedai dia beli banyak lepastu jual balik dengan harga tinggi.”

Lebih membuatkan dia emosi apabila stok ayam telah habis, walhal ketika itu baru jam 8 pagi.

Oleh yang demikian, dia sebagai pelanggan berharap agar setiap pasaraya mengambil iktibar daripada kejadian itu dengan sentiasa mengawal stok barangan, lebih-lebih lagi ketika negara sedang berdepan krisis yang tiada siapa tahu akan penghujungnya.

“Pukul 8 pagi ayam dah habis, macam mana pelanggan lain.”

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*