Isteri ‘durjana’ kantoi ‘angkut’ lelaki ke bilik sewa

Isteri ‘durjana’ kantoi ‘angkut’ lelaki ke bilik sewa.

Padah bawa lelaki lain masuk dalam bilik sewa ketika suami keluar bekerja, seorang wanita berstatus seorang isteri dan ibu kantoi ditangkap berkhalwat di Kulim, Kedah.

Wanita berkenaan yang merupakan ibu kepada empat anak itu bersama pasangan berusia 32 tahun telah dicekup pada jam 1.40 pagi oleh sepasukan anggota dari Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK).

Isteri 'durjana' kantoi ‘angkut’ lelaki ke bilik sewa

Menurut Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat berkata, ketika kejadian, suami wanita itu dipercayai keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang tayar di daerah ini.

Katanya, ketika pemeriksaan sedang dijalankan, terdapat tiga kanak-kanak dipercayai anak wanita itu sedang tidur.

“Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati, pasangan itu bukan suami isteri atau mahram malah mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mereka mempunyai hubungan,” katanya.

Hasil siasatan mendapati, pasangan itu dipercayai berkenalan di sebuah kedai makan di daerah ini, kira-kira enam bulan lalu.

Isteri 'durjana' kantoi ‘angkut’ lelaki ke bilik sewa

Jelasnya, wanita yang berasal dari daerah ini itu bekerja sebagai tukang cuci, manakala lelaki yang berasal dari Pendang itu pula bekerja sebagai pemandu jengkaut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Difahamkan, pasangan itu kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan tangkapan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*